ProZ.com translation contests »
32nd Translation Contest: "Movie night" » English to Malay » Entry #37153


Source text in English

Translation #37153

To say that I was compelled by Parasite from start to finish is an understatement; its filming style with tracking shots are enthralling. Having watched several Korean films during the London Korean Film Festival, I was familiar with the usual genres employed in such films but Parasite seemed to defy them all! Parasite is comedic, in a quirky way, it is also a thriller, straddles class divisions and also depicts a family tale amongst other genres and is therefore likely to appeal to all ages.

Parasite truly deserves to be watched in a cinema to appreciate its nuances and the stylish cinematography. As a summary, to avoid spoilers, Parasite tells the tale of the interaction between the Park family and the Kim’s, an unemployed family, whose contrasting worlds collide with long lasting consequences.

[...]Bong Joon-Ho manages to pique the audience’s interest with brightly lit shots coupled with the effective use of indoor space, and it is surprising to realise, after the film’s 2 hour 12 minute length, that most of the scenes occur within the Park family’s home. The mundane elements of domesticity are displayed with an intriguing perspective showcasing Bong Joon-Ho’s flair. It is a slow burner but you will revel in its beauty and ingenuity as Parasite convinces that it operates solely on one level but it is in fact multi-layered and depicts social realism with empathy and pathos.

The cast are beguiling to watch, every facial movement and action is accentuated, even the mere act of walking up or down stairs can convey hidden meaning, which the camera fragments. Levels of unease are also created by virtue of that effective use of space with unusual camera angles and dramatic weather conditions ratcheting up that sensation. There is a surreal nature to Parasite, which its score emphasises, and furthermore the film adopts elements of the absurd devised in such an ingenious way which is truly cinematic magic. Parasite’s apparent eeriness will certainly keep you riveted and would not feel alien to the Twilight Zone school of filmmaking.

The actors are very impressive and add breadth to their roles creating relatability whilst seeming effortlessly cool. When Ki-Woo and Ki-Jeong Kim were working within the Park family home as private tutors they certainly epitomised this level of nonchalant, understated authority creating an aura of mysticism with the unspoken, almost mythical, tutoring techniques employed. Quite simply, the actors Park So-Dam and Choi Woo-Sik, as Ki-Woo and Ki-Jeong, are compelling to watch in the different directions that Parasite follows and they carry these performances seamlessly thereby inviting the audience to be on their side.

[...]Parasite is a remarkable piece of extremely skilful filmmaking, it is simply a must see film, and so I am looking forward to re-watching the film on its UK general release date.
Dengan mengatakan bahawa saya terpesona oleh "Parasite" dari permulaan hingga penghujung filem adalah tidak mencukupi untuk mengungkap perasaan saya sepenuhnya. Gaya penggambaran filem ini dengan penggunaan syot penjejakan ternyata memukau. Walaupun telah menonton beberapa filem Korea sempena Festival Filem Korea London dan biasa dengan genre yang kerap kali digunakan dalam filem sejenis, "Parasite" seolah-olah menantang segalanya! "Parasite" menggabungkan unsur komedi dengan cara yang unik di samping mengekalkan elemen ketegangan yang mampu merentasi pembahagian kelas. Filem ini tidak hanya mengisahkan kisah keluarga, tetapi juga melibatkan genre lain, justeru menjadikannya menarik untuk pelbagai peringkat umur.

Memang berbaloi menyaksikan "Parasite" di pawagam untuk menghayati kehalusan dan sinematografi bergaya. Secara ringkasnya, tanpa berkongsi banyak tentang jalan cerita, filem ini mengisahkan interaksi antara keluarga Park dan keluarga Kim, sebuah keluarga yang menghadapi masalah pengangguran. Dunia mereka yang berbeza bertembung dan meninggalkan kesan jangka panjang.

[...]Bong Joon-Ho berjaya meraih perhatian penonton melalui pencahayaan yang terang serta penggunaan ruang dalaman yang berkesan. Yang menakjubkan, kebanyakan adegan dalam filem berdurasi 2 jam 12 minit ini berlaku di rumah keluarga Park. Unsur-unsur kehidupan harian di dalam rumah dipersembahkan dengan perspektif yang mengagumkan sekaligus menonjolkan bakat Bong Joon-Ho. Perkembangan ceritanya agak lambat, tetapi keindahan dan kebijaksanaannya pasti akan dinikmati kerana "Parasite" membuktikan bahawa filem ini tidak hanya terbatas pada satu peringkat, bahkan terperinci dengan pelbagai lapisan yang menggambarkan realiti sosial dengan penuh empati dan simpati.

Barisan pelakon ini cukup menarik untuk ditonton. Setiap pergerakan muka dan aksi diberikan penekanan. Malah, hanya dengan menaiki atau menuruni tangga, mampu menyampaikan mesej tersirat dalam rakaman kamera. Perasaan kegelisahan dicipta menerusi penggunaan ruang secara efektif dengan sudut kamera yang mencengangkan dan keadaan cuaca dramatik menambahkan lagi intensiti perasaan. Filem "Parasite" menampilkan sifat surealisme yang diserlahkan melalui skor bunyi dan bijak menggabungkan unsur-unsur tidak munasabah dalam konteks sinematik. Keseraman "Parasite" pasti akan membuat anda tercegat seakan-akan berada dalam aliran filem Twilight Zone.

Kehebatan pelakon-pelakon filem ini dalam menghidupkan watak masing-masing jelas tidak boleh disangkal. Mereka mencipta keterhubungan yang dapat dirasai oleh penonton meskipun kelihatan santai. Ketika Ki-Woo dan Ki-Jeong Kim menjadi tutor peribadi di rumah keluarga Park, mereka nampak tenang dan bersahaja. Suasana mistik tercipta dengan cara mereka mengajar yang begitu luar biasa tidak terungkap dan hampir seperti dalam legenda. Ringkasnya, pelakon Park So-Dam dan Choi Woo-Sik, sebagai Ki-Woo dan Ki-Jeong, sangat memuaskan hati untuk ditonton dalam setiap perubahan arah cerita "Parasite". Persembahan disampaikan dengan mantap sekali sehingga menarik empati penonton.

[...]"Parasite" merupakan sebuah karya pembikinan filem yang cemerlang dan luar biasa. Ini ialah filem yang patut ditonton. Tidak sabar saya untuk menontonnya semula apabila filem ini ditayangkan secara umum di UK.


Discuss this entry