ProZ.com translation contests »
32nd Translation Contest: "Movie night" » English to Malay » Entry #37265


Source text in English

Translation #37265

To say that I was compelled by Parasite from start to finish is an understatement; its filming style with tracking shots are enthralling. Having watched several Korean films during the London Korean Film Festival, I was familiar with the usual genres employed in such films but Parasite seemed to defy them all! Parasite is comedic, in a quirky way, it is also a thriller, straddles class divisions and also depicts a family tale amongst other genres and is therefore likely to appeal to all ages.

Parasite truly deserves to be watched in a cinema to appreciate its nuances and the stylish cinematography. As a summary, to avoid spoilers, Parasite tells the tale of the interaction between the Park family and the Kim’s, an unemployed family, whose contrasting worlds collide with long lasting consequences.

[...]Bong Joon-Ho manages to pique the audience’s interest with brightly lit shots coupled with the effective use of indoor space, and it is surprising to realise, after the film’s 2 hour 12 minute length, that most of the scenes occur within the Park family’s home. The mundane elements of domesticity are displayed with an intriguing perspective showcasing Bong Joon-Ho’s flair. It is a slow burner but you will revel in its beauty and ingenuity as Parasite convinces that it operates solely on one level but it is in fact multi-layered and depicts social realism with empathy and pathos.

The cast are beguiling to watch, every facial movement and action is accentuated, even the mere act of walking up or down stairs can convey hidden meaning, which the camera fragments. Levels of unease are also created by virtue of that effective use of space with unusual camera angles and dramatic weather conditions ratcheting up that sensation. There is a surreal nature to Parasite, which its score emphasises, and furthermore the film adopts elements of the absurd devised in such an ingenious way which is truly cinematic magic. Parasite’s apparent eeriness will certainly keep you riveted and would not feel alien to the Twilight Zone school of filmmaking.

The actors are very impressive and add breadth to their roles creating relatability whilst seeming effortlessly cool. When Ki-Woo and Ki-Jeong Kim were working within the Park family home as private tutors they certainly epitomised this level of nonchalant, understated authority creating an aura of mysticism with the unspoken, almost mythical, tutoring techniques employed. Quite simply, the actors Park So-Dam and Choi Woo-Sik, as Ki-Woo and Ki-Jeong, are compelling to watch in the different directions that Parasite follows and they carry these performances seamlessly thereby inviting the audience to be on their side.

[...]Parasite is a remarkable piece of extremely skilful filmmaking, it is simply a must see film, and so I am looking forward to re-watching the film on its UK general release date.
Kurang tepat jika saya katakan saya tertarik dengan filem Parasit dari mula hingga akhir walaupun gaya penggambaran dengan syot geraknya mempesonakan. Setelah menonton beberapa filem Korea semasa Festival Filem London Korea, saya biasa dengan genre-genre yang selalu diterapkan dalam filem-filem sedemikian, namun Parasit seperti mencabar filem-filem yang lain. Parasit agak melucukan dan dari satu sudut yang aneh, ia juga mengerikan, merentangi kelas masyarakat yang berbeza dan juga menggambarkan cerita kekeluargaan di samping genre-genre yang lain, dan ia akan menarik minat pelbagai usia penonton.

Parasit sangat layak untuk tontonan di pawagam bagi merasai kelainannya dan sinematografi yang bergaya. Secara ringkasnya untuk mengelakkan kebocoran, filem Parasit mengisahkan tentang interaksi antara keluarga Park dan keluarga Kim, keluarga penganggur, pertembungan dua dunia yang berbeza mengakibatkan kesan berpanjangan.

[...] Bong Joon-Ho berjaya menarik minat penonton melalui syot-syot menakjubkan bersama penggunaan ruang dalaman yang berkesan, dan selepas 2 jam 12 minit filem berlalu, ia mengejutkan apabila baru menyedari kebanyakan adegan hanya berlaku di dalam rumah keluarga Park. Unsur-unsur biasa kehidupan di rumah digambarkan melalui perspektif yang menarik telah mempamerkan bakat Bong Joon-Ho. Ia adalah sebuah filem yang perlahan tetapi anda akan kagum dengan keindahan dan kebijaksanaannya apabila Parasit meyakinkan bahawa ia bukan hanya penceritaan pada satu tahap sahaja namun ia sebenarnya mempunyai pelbagai lapisan cerita dan menggambarkan hakikat sosial sebenar dengan empati dan kesedihan.

Barisan pelakon yang memikat hati untuk ditonton, setiap pergerakan wajah dan aksi mereka yang jelas, walaupun sekadar aksi biasa naik atau turun tangga boleh menyampaikan maksud tersirat yang ditangkap oleh kamera. Pelbagai adegan janggal juga dihasilkan melalui kebijaksanaan penggunaan ruang yang efektif bersama dengan sudut pandang kamera yang luar biasa dan keadaan cuaca dramatik menambahkan lagi sensasi. Terdapat satu keadaan luar realiti yang ditumpukan di dalam Parasit, dan tambahan lagi filem ini mengambil satu unsur yang tidak masuk akal dan menukar maknanya dengan bijak adalah sesuatu yang sangat ajaib. Unsur seram yang jelas dalam Parasit akan membuatkan anda kekal terpaku dan tidak merasa janggal kepada unsur perfileman menyeramkan.

Kebolehan para pelakon sangat mengagumkan dan mereka meluaskan peranan lakonan agar mudah difahami namun masih kekal kelihatan hebat. Semasa Kim Ki-woo dan Kim Ki-Jeong bekerja dengan Keluarga Park sebagai tutor peribadi, mereka telah membawa satu watak biasa, kurang menonjol yang menzahirkan suatu aura misteri tanpa dinyatakan dan hampir seperti khayalan melalui cara mengajar yang digunakan. Dengan mudah, lakonan Park So-Dam dan Choi Woo-sik, sebagai Ki-Woo dan Ki-Jeong, menarik untuk ditonton dari sudut berbeza daripada sudut dibawa dalam Parasit dan mereka telah melakonkan watak ini dengan lancar dan membuat penonton ingin menyebelahi mereka.

[...] Parasit merupakan satu karya agung dalam perfileman berkualiti tinggi. Ia adalah filem yang wajib ditonton dan saya juga tak sabar untuk menonton sekali lagi pada tarikh tayangan umum di UK nanti.


Discuss this entry