ProZ.com asas


Memenuhi keperluan komuniti penterjemah terbesar dunia, ProZ.com memberi rangkaian komprehensif perkhidmatan penting, sumber dan pengalaman yang meningkatkan kehidupan ahlinya. Berikut merupakan senarai dan ringkasan ciri paling asas.


Beri dan terima bantuan menterjemah istilah sukar

Rangkaian KudoZ menyediakan rangka kerja untuk penterjemah dan yang lain-lain untuk membantu satu sama lain dengan terjemahan atau penerangan istilah dan frasa pendek. Hingga kini, telah terdapat 3,904,802 soalan terjemahan ditanya. Semua pertanyaan ini dan terjemahan cadangannya telah menghasilkan arkib boleh dicari sangat berguna.


Mengambil kerja profesional bahasa dan menemui klien baharu

ProZ.com merupakan sumber nombor satu klien baharu untuk penterjemah. Kerja Terjemahan dan kejurubahasaan disiarkan melalui sistem kerja, dan pihak yang berminat boleh menyerahkan sebut harga kemudian. Selain daripada sistem penyiaran kerja, terdapat juga direktori penterjemah dan jurubahasa boleh dicari yang boleh digunakan untuk mencari profesional bahasa


Hadiri acara ProZ.com - persidangan, latihan dan powwows

Terdapat beberapa persidangan, sesi latihan (dalam talian dan luar talian) dan powwows ProZ.com (perjumpaan tidak rasmi kumpulan pengguna ProZ.com yang tinggal berdekatan) di seluruh dunia. Acara ini adalah cara yang baik untuk mengembangkan kemahiran anda, menemui profesional baharu, dan berseronok!


Tinggalkan maklum balas tentang penyumber luar, baca maklum balas oleh yang lain

Blue Board merupakan pangkalan data penyumber luar kerja bahasa boleh dicari dengan maklum balas daripada penyedia perkhidmatan. Pengguna ProZ.com yang telah bekerja dengan penyumber luar tertentu dibenarkan untuk memasukkan nombor dari 1 hingga 5 sepadan dengan "kemungkinan bekerja lagi" beliau dengan penyumber luar yang dimaksudkan, begitu juga komen ringkas. Dengan lebih daripada 15,000 penyumber luar dalam fail, ia adalah amalan baik untuk merujuk Blue Board sebelum menerima kerja daripada klien baharu.


Membincang isu terjemahan dengan profesional lain

Membincang isu yang berkaitan dengan menjadi penterjemah atau jurubahasa dalam forum seperti Penyempatan, Bantuan teknikal perkakas CAT, Memantapkan diri, Sari kata, dll.



Tertanya-tanya di mana untuk mula?

Mula dengan membuat akaun percuma ».
Sudah mempunyai akaun ProZ.com? Log-masuk »


Gambaran keseluruhan tapak

Sekali imbas pada ciri yang tersedia di ProZ.com