ProZ.com frequently asked questions


Pertandingan

Main

  • 1 - Pertandingan: umum

  • 1.1 - Apakah pertandingan terjemahan ProZ.com?

    Pertandingan terjemahan ProZ.com dianjurkan secara berkala oleh dan untuk ahli ProZ.com, sebagai latihan lencongan dan pembelajaran.


  • 1.2 - Siapakah yang boleh menyertai pertandingan ini?

    Ini mungkin berbeza bergantung kepada pertandingan. Kadang kala, apabila populasi ahli ProZ.com kelihatan tidak menyokong persaingan dalam pasangan bahasa tertentu, penyerahan penyertaan boleh dibuka kepada bukan ahli juga, tetapi secara umum penyerahan penyertaan terhad kepada ahli ProZ.com. Hanya ahli ProZ.com layak untuk memenangi hadiah yang akan diberikan dalam cabutan yang diadakan daripada kalangan pemenang pada akhir pertandingan tahunan. Jika anda belum menjadi ahli dan berminat untuk menyertai pertandingan ini, anda mungkin layak mendapat diskaun istimewa untuk keahlian ProZ.com baharu. Lihat halaman ini untuk mendapatkan butiran lanjut.

    Bukan ahli boleh menyertai pusingan kelayakan dan pengundian akhir. Pengguna halaman yang telah didaftarkan
    selama sekurang-kurangnya sebulan dan bekerja dalam pasangan bahasa yang sama di mana mereka ingin mengundi akan mempunyai pilihan untuk menilai sama ada "Kualiti penulisan", "Ketepatan terjemahan", atau kedua-duanya. Mereka yang merupakan penutur asli bahasa sasaran tetapi tidak bekerja dalam pasangan bahasa itu boleh menilai "Kualiti penulisan" sahaja.

    Undian akhir dalam setiap pasangan bahasa akan dibuka hanya kepada pengguna yang telah didaftarkan di halaman selama sekurang-kurangnya sebulan, adalah penutur asli dalam bahasa sasaran dan bekerja dalam pasangan bahasa yang sama yang mereka ingin mengundi.


  • 1.3 - Bagaimanakah pertandingan dijalankan?

    Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga fasa yang berlainan: fasa penyerahan, fasa kelayakan dan fasa pengundian akhir.

    Semasa fasa penyerahan, peserta mencadangkan terjemahan mereka bagi mana-mana teks sumber yang disediakan ke dalam mana-mana bahasa. Terdapat tarikh akhir penyerahan untuk semua pasangan bahasa dan jika sesuatu pasangan bahasa itu menerima kurang daripada 3 penyertaan, ia tidak akan dimasukkan ke pusingan pengundian akhir dan oleh itu tiada pemenang dipilih. Walau bagaimanapun, maklum balas didayakan untuk manfaat peserta dan penterjemah yang bekerja dalam pasangan bahasa itu boleh menandakan mana-mana bahagian entri yang mereka suka atau tidak suka dan memberikan ulasan.

    Sila ambil perhatian bahawa tarikh akhir penyerahan boleh dilanjutkan untuk beberapa pasangan bahasa mengikut budi bicara penganjur pertandingan.

    Bagi pasangan bahasa yang mempunyai bilangan entri yang banyak (lebih daripada 7), pusingan kelayakan dibuka untuk memastikan bilangan entri yang sesuai mencapai peringkat akhir, dan entri yang dipilih adalah yang terbaik dan paling tepat. Pengundi diminta menilai entri dalam dua kategori: "Kualiti penulisan" dan "Ketepatan terjemahan" pada skala mutlak 1 ("lemah") hingga 5 ("sempurna"). Semasa fasa ini, entri akan dikeluarkan jika jelas bahawa mereka tidak mempunyai peluang yang munasabah untuk menang. Penilaian sedemikian dibuat berdasarkan penilaian purata yang diterima daripada rakan sebaya (berbanding dengan yang diberikan kepada penyertaan lain), selepas beberapa bilangan undian minimum.

    Mengasingkan entri dengan cara ini membantu menumpukan perhatian pengundi pada entri utama, meningkatkan kemungkinan entri terbaik akan dikenal pasti untuk dimasukkan ke pusingan akhir. 3-7 entri yang mendapat markah tertinggi akan dimasukkan ke dalam pusingan akhir.

    Dalam pengundian pusingan akhir, pengundi diminta memilih entri yang mereka anggap terbaik dalam setiap kumpulan. Entri terbaik kedua dan ketiga juga boleh ditetapkan, dengan mata diberikan kepada entri masing-masing dalam jumlah empat (4), dua (2) dan satu (1). Entri yang mengumpul mata terbanyak dalam undian pusingan akhir, akan menang.


  • 1.4 - Apakah bahasa yang digunakan dalam pertandingan?

    Teks sumber dipilih di dalam bahasa yang paling banyak diminta oleh ahli ProZ.com. Pasangan bahasa dengan sekurang-kurangnya tiga penyertaan dianggap sebagai pasangan peraduan yang sah.


  • 1.5 - Teks bagaimanakah yang dipilih untuk pertandingan terjemahan?

    Teks sumber biasanya merupakan petikan cerpen yang menarik perhatian umum. Semua teks sumber yang dibentangkan dalam pertandingan dicadangkan oleh ahli komuniti.

    Nota: Pandangan yang dinyatakan dalam kandungan teks sumber tidak menjurus kepada sokongan oleh kakitangan halaman atau para peserta. Peraduan ProZ.com menyeru profesional bahasa untuk menonjolkan kemahiran penterjemahan mereka tanpa mengambil kira pandangan mereka sendiri.


  • 1.6 - Bolehkah saya cadangkan teks sumber untuk pertandingan di masa hadapan?

    Ya. Terutama sekali untuk bahasa yang tidak dituturkan oleh kakitangan halaman, pertandingan terjemahan bergantung kepada ahli komuniti untuk mencadangkan teks sumber yang sesuai dalam bahasa ibunda mereka. Jika anda tidak melihat teks sumber dalam bahasa tertentu, ini bermakna tiada teks yang sesuai yang dicadangkan atau diputuskan untuk pertandingan. Mana-mana ahli komuniti boleh mencadangkan teks sumber untuk digunakan dalam pertandingan terjemahan di http://www.proz.com/translation-contests/propose_source_text. Mencadangkan teks sumber untuk pertandingan tidak mengecualikan anda daripada menyertai pertandingan itu. Jika anda mencadangkan teks sumber baharu untuk pertandingan ini yang kemudiannya digunakan dalam pertandingan, anda akan menerima keahlian penuh ProZ.com selama setahun.


  • 1.7 - Bagaimanakah saya mengetahui jika ada pertandingan terjemahan yang baru dibuka?

    Anda boleh melanggan pengumuman berkaitan pertandingan sama ada dengan mengklik "Langgan berita dan pengumuman" dalam halaman pertandingan atau dengan menandai "Tandakan kotak ini jika anda ingin menerima pengumuman berkaitan pertandingan terjemahan ProZ.com." kotak dalam halaman pilihan e-mel anda.


  • 1.8 - Bagaimanakah pemenang ditentukan?

    Pemenang ditentukan berdasarkan undian oleh rakan sebaya. Pemenang untuk setiap pasangan bahasa menerima sijil digital dalam profil mereka dan pengiktirafan dalam komuniti kerana dianggap oleh rakan sebaya sebagai penyumbang terjemahan terbaik dalam setiap pasangan bahasa. Pemenang hadiah utama ditentukan daripada undian antara semua pemenang peraduan.

    Nota: Kesahihan penyertaan atau pemenang tidak boleh dipersoalkan secara terbuka. Jika anda merasakan ada sesuatu yang tidak adil atau ingin melaporkan kes penyalahgunaan, saluran yang sesuai untuk melaporkan perkara ini adalah melalui permintaan sokongan, di mana kakitangan akan meneliti aduan itu sepenuhnya.


  • 1.9 - Adakah terdapat forum khas untuk membincangkan perkara berkaitan pertandingan?

    Ya, segala perkara berkaitan pertandingan boleh dibincang di dalam Forum Pertandingan Terjemahan ProZ.com.


  • 1.10 - Bolehkah saya komen pada entri atau teks sumber di dalam forum?

    Semasa fasa penyerahan, kelayakan dan pengundian, ulasan umum pada penyertaan yang diserahkan, atau kemungkinan cara untuk menterjemah teks sumber tidak akan dibenarkan dalam forum atau di tempat lain (kecuali penandaan dan ulasan yang dibenarkan dalam antara muka peraduan.) Walau bagaimanapun, perbincangan linguistik tentang kesukaran sesuatu teks dan cara untuk mengatasinya adalah dialu-alukan sebaik sahaja pengundian selesai.


  • 1.11 - Adakah pemenang diberi hadiah?

    Kadang kala terdapat hadiah. Biasanya, pemenang menerima sijil digital dan, secara pilihan, pengiktirafan dalam komuniti dan dalam profil mereka.


  • 1.12 - Bolehkah saya memberi maklum balas pertandingan?

    Ya. Jika anda mempunyai sebarang komen tentang pertandingan dan anda ingin berkongsinya dengan komuniti, anda boleh menghubungi penyelaras pertandingan melalui system sokongan dalam talian.
    Maklum balas anda akan dinilai sebelum dimasukkan ke dalam halaman testimoni pertandingan.


  • 1.13 - Di manakah boleh saya lihat maklumat pertandingan yang telah lepas?

    Anda boleh melawati Halaman pertandingan lalu dan lihat maklumat tentang setiap pertandingan yang telah diadakan dari tahun 2007, termasuk senarai pemenang dan maklum balas.



  • Main - Top


  • 2 - Penyerahan entri untuk pertandingan terjemahan.

  • 2.1 - Bolehkah pasangan peserta sertai pertandingan?

    Ya. Dua orang dibenarkan bekerjasama dalam satu penyertaan peraduan. Seorang rakan kongsi boleh menyerahkan entri peraduan, serta mengenal pasti rakan peraduannya pada masa penyerahan.

    Harap maklum bahawa bukan ahli boleh berpasangan dengan ahli untuk menyertai peraduan. Pilihan untuk menyerah entri hanya akan dapat dilihat oleh ahli. Selepas menyerah entri pertandingan, ahli itu harus mengenal pasti pengguna halaman sebagai rakan peraduannya.


  • 2.2 - Kenapa tiada teks sumber untuk bahasa sumber saya?

    Pertandingan terjemahan ProZ.com bergantung pada kerjasama peserta dalam banyak aspek-- mengundi, mengulas, menghantar penyertaan, dan juga dalam mencari teks sumber yang sesuai dalam pelbagai bahasa (terutamanya bahasa yang tiada penutur asli di kalangan ahli pasukan halaman). Anda boleh membantu untuk memastikan terdapat teks sumber dalam pelbagai bahasa untuk pertandingan akan datang dengan mencadangkan teks dalam bahasa ibunda anda. Satu ciri telah dicipta untuk membolehkan komuniti mencadangkan dan mengulas tentang teks sumber yang berpotensi untuk dipertandingkan. Kriteria untuk teks sumber yang sesuai untuk pertandingan juga digariskan.

    Untuk mencadangkan teks sumber atau membincangkan teks cadangan lain, sila lawati http://www.proz.com/translation-contests/propose_source_text


  • 2.3 - Bolehkah saya serahkan entri dalam apa-apa kombinasi bahasa di dalam profil saya?

    Ya. Anda boleh menyertai pertandingan di dalam mana-mana bahasa kerja atau bahasa yang diminati seperti yang diisytiharkan di dalam profil anda.


  • 2.4 - Bolehkah penyertaan diserah oleh peserta yang sama untuk lain-lain pasangan bahasa?

    Bilangan pasangan bahasa tidak dihadkan untuk ahli yang berkelayakan menyerah penyertaan. Setiap pasangan bahasa dihadkan satu penyertaan sahaja.


  • 2.5 - Bolehkah saya edit entri yang telah saya serahkan?

    Ya, anda boleh edit entri anda sebanyak kali yang anda mahu pada fasa penyerahan. Setelah fasa penyerahan ditutup, entri anda tidak boleh diedit.


  • 2.6 - Adakah para peserta pertandingan dibenarkan menggunakan mesin terjemahan bila menyiapkan entri mereka?

    Tidak. Tiada sekatan pada alat yang digunakan bagi entri terjemahan.


  • 2.7 - Terdapat beberapa entri, tetapi saya tidak boleh melihat entri tersebut. Kenapa?

    Walaupun bilangan entri dipaparkan, entri tersebut tidak dapat dilihat pada fasa penyerahan.


  • 2.8 - Saya mempunyai akses kepada terjemahan teks sumber ke dalam bahasa saya kepunyaan rakan sekerja. Apa patut saya buat?

    Jika anda melihat dan terbaca terjemahan teks sumber rakan sekerja anda ke dalam bahasa sasaran pada pertandingan yang anda ingin sertai, anda dinasihatkan supaya tidak mengambil bahagian.


  • 2.9 - Saya menemui terjemahan teks sumber yang diterbitkan ke dalam bahasa saya. Apa patut saya buat?

    Jika anda menemui dan terbaca terjemahan teks sumber yang diterbitkan ke dalam bahasa sasaran pada pertandingan yang anda sertai, anda dinasihatkan supaya tidak menyertai pertandingan dalam pasangan bahasa itu.


  • 2.10 - Bolehkah entri saya dibatalkan daripada pertandingan?

    Ya. Sila semak peraturan peraduan untuk melihat contoh pelucutan kelayakan.

    Ambil perhatian bahawa demi ketelusan, kelayakan juga boleh dilucutkan dalam keadaan di mana penandaan nama atau pengundian dilakukan oleh saudara terdekat (anak, pasangan, dll.) peserta, seperti di
    peraturan peraduan.



  • Main - Top


  • 3 - Pusingan kelayakan: penilaian, penandaan, bersetuju/tidak bersetuju dan memberikan maklum balas tentang entri

  • 3.1 - Bagaimanakah saya boleh menilai sesuatu entri?

    Penterjemah yang bekerja dalam pasangan bahasa tertentu boleh menilai entri dalam satu atau dua kategori: "Kualiti penulisan" dan "Ketepatan terjemahan" pada skala mutlak 1 ("lemah") hingga 5 ("sempurna").

    Untuk menilai entri, cuma klik pada bintang . Pilihan anda akan disimpan secara automatik.

    Penyertaan yang mara ke peringkat akhir ialah yang mendapat penilaian purata tertinggi 3-7.


  • 3.2 - Adakah saya mesti menilai semua entri?

    Tidak. Anda tidak perlu menilai semua penyertaan untuk pasangan bahasa tertentu di dalam fasa kelayakan. Walau bagaimanapun, sesetengah peserta suka menilai seberapa banyak penyertaan yang mereka boleh dan membantu memastikan keputusan peraduan yang sekata sambil memperoleh 10 mata browniz untuk setiap kadar Kualiti penulisan atau Ketepatan terjemahan yang mereka serahkan .


  • 3.3 - Bolehkah saya mengubah penilaian saya?

    Ya. Anda boleh mengubah penilaian yang telah dihantar, sehingga fasa kelayakan ditutup.


  • 3.4 - Apakah penandaan entri?

    Penandaan entri membenarkan penilai dan pengundi untuk "suka" atau "tidak suka" segmen penyertaan pertandingan yang dianggap penting. Orang lain kemudiannya boleh "bersetuju" atau "tidak bersetuju" dengan padanan yang dibuat. Walau apa pun, komen dan pautan boleh dimasukkan sebagai pewajaran. Semua tanda nama, setuju, tidak setuju dan komen akan kekal tanpa nama sehingga tamat pertandingan.


  • 3.5 - Adakah penandaan diberi pilihan?

    Ya. Menambah penanda tidak akan mengubah keputusan pengundian; tujuan penandaan adalah untuk membandingkan nota antara pengundi dan memberi maklum balas kepada peserta. Pemenang ditentukan oleh penilaian/undi yang diterima oleh entri mereka.


  • 3.6 - Bagaimanakah boleh saya tandakan entri?

    Untuk "tag" bahagian terjemahan, serlahkannya dahulu dan kemudian klik pada "Suka" atau "Tidak suka" . Tetingkap yang muncul, akan membolehkan anda memilih kategori untuk penanda anda dan ulasan serta pautan untuk rujukan .


  • 3.7 - Bolehkah saya padam penanda yang telah saya buat?

    Anda boleh memadam penanda anda sendiri sehingga menerima penanda setuju atau tidak setuju. Untuk mengalih keluar penanda, gerakkan tetikus ke atasnya dan klik pada "X" merah di bahagian atas sebelah kanan teks yang muncul. Anda akan diminta untuk mengesahkan pemadaman penanda.

    Penanda yang telah dipadamkan tidak boleh dikembalikan, jadi pastikannya sebelum berbuat demikian atau sebelum meminta kakitangan berbuat demikian.

    Jika penanda telah menerima setuju atau tidak setuju dan anda ingin mengalihkannya keluar, hubungi kakitangan halaman melalui sistem sokongan untuk mendapatkan bantuan.


  • 3.8 - Bagaimana jika penanda pada entri itu salah?

    Sistem penandaan memberi pilihan kepada para peserta untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan penanda. Dengan cara ini, penanda yang "salah" biasanya akan disingkirkan oleh peserta pertandingan sendiri.


  • 3.9 - Adakah komen di dalam penanda dipaparkan serta-merta?

    Tidak. Komen yang mengiringi penanda tertakluk pada tapisan oleh kakitangan halaman dan merupakan ulasan linguistik semata-mata selaras dengan Peraturan halaman akan diluluskan.


  • 3.10 - Bolehkah saya setuju/tidak setuju dengan penanda?

    Ya. Jika sesuatu entri telah menerima penanda, kotak penanda akan dipaparkan dan anda boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan penanda yang dimasukkan.

    Sila ambil perhatian bahawa jika anda menggerakkan tetikus pada bahagian yang telah ditandakan dalam entri, anda akan dapat melihat bahagian pada teks sumber yang dirujuk oleh pengundi lain.


  • 3.11 - Adakah nama saya akan dipaparkan di samping penanda saya?

    Semasa fasa pengundian dan kelayakan, penanda akan kelihatan tanpa nama kepada penilai lain yang seterusnya boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan mereka. Walau bagaimanapun, apabila peraduan tamat, semua identiti penanda akan dipaparkan.


  • 3.12 - Bolehkah saya lihat bahagian terjemahan saya yang ditandakan?

    Ya. Anda sepatutnya dapat melihat padanan di dalam entri anda. Walau bagaimanapun, jika padanan tidak bertambah, maka kotak padanan tidak akan ditunjukkan di sebelah entri anda.


  • 3.13 - Bolehkah saya setuju/tidak setuju dengan penanda pada entri saya sendiri?

    Ya. Anda boleh setuju/tidak setuju dengan penanda suka/tidak suka pada entri sendiri dan berikan ulasan dan pautan untuk menyokong pilihan anda itu.


  • 3.14 -



  • Main - Top


  • 4 - Pusingan terakhir: menentukan pemenang.

  • 4.1 - Siapakah boleh mengundi?

    Dalam pusingan kelayakan, ahli dan/atau pengguna yang telah berdaftar di halaman selama sekurang-kurangnya sebulan dan bekerja dalam pasangan bahasa yang sama di mana mereka ingin mengundi akan mempunyai pilihan untuk menilai sama ada " Kualiti penulisan", "Ketepatan terjemahan", atau kedua-duanya. Mereka yang merupakan penutur asli bahasa sasaran tetapi tidak bekerja dalam pasangan bahasa itu akan dapat menilai "Kualiti penulisan" sahaja.

    Undian akhir dalam setiap pasangan bahasa akan dibuka hanya kepada ahli dan pengguna yang telah didaftarkan di halaman selama sekurang-kurangnya 1 bulan yang juga penutur bahasa sasaran dan bekerja dalam pasangan bahasa yang sama di mana mereka ingin mengundi.


  • 4.2 - Bagaimanakah saya mengundi entri?

    Untuk memilih entri yang anda anggap terbaik dalam kumpulan, klik pada di bawah entri itu.

    Sila ingat bahawa penyertaan terbaik kedua dan ketiga juga boleh ditetapkan, dengan mata yang diberikan kepada entri, masing-masing dalam jumlah empat (4), dua (2) dan satu (1).


  • 4.3 - Bolehkah saya mengundi jika saya telah menyerah entri?

    Ya. Dalam pusingan kelayakan, anda boleh menilai entri selain daripada entri anda sendiri. Di peringkat akhir, anda boleh mengundi untuk entri selain daripada entri anda sendiri sebagai yang terbaik. Kadang kala, peserta akhir mungkin memasukkan entri mereka sendiri dalam kalangan yang mereka tetapkan sebagai tiga terbaik. Walau bagaimanapun, dalam kes sedemikian, mata akan diberikan hanya untuk entri selain daripada entri sendiri.


  • 4.4 - Adakah pengundian untuk entri di tempat kedua dan ketiga diberi pilihan?

    Ya. Anda boleh mengundi penyertaan terbaik dalam mana-mana pasangan bahasa, juga untuk penyertaan terbaik dan kedua terbaik atau untuk penyertaan terbaik, kedua terbaik dan ketiga terbaik dalam setiap pasangan bahasa.

    Peserta akan diberi 20 mata browniz bagi setiap undian mereka.



  • Main - Top